Aduhai
Sahabatku
Ella..
Bergenang airmataku, saatku kenangkan kemanisan ketika bersamamu..Kau yang
selalu memberi kekuatan semangat padaku akhirnya telah menghembuskan nafas
terakhirdipangkuanku kerana mengidap barah payudara. Ella..andainya
dapatku ulangi lagi detik2 indah bersamamu..andainya aku diberi peluang, aku
tidak akan sesekali membuat kau berkecil hati dan menangis.
Aduhai..
Sahabatku
Ella...
Hari ini genap empat bulan pemergianmu..masihku
ingat..saat kau pegang erat jari jemariku dan merenung sayu ke arah ku..kau
berbisik meminta aku bacakan surah yaasin..aku mencium dahimu lantas dengan
genangan airmata bersama esakan ku bacakan surah yaasin..tersekat-sekat..namun
ku kuatkan semangat..hingga ke akhir bacaan...Innalillah....Ella kau
meninggalkan alam fana ini dengan senyuman di sudut bibirmu...Ya Allah..ya
Tuhan ku berilah kekuatan kepadaku menghadapi ujian Mu ini,moga Kau
tabahkan hatiku kehilangan sahabat kesayangan ku ini..desis hati
kecilku.
Aduhai...
Sahabatku
Ella...
Terima
kasih sayang, kerana mengizinkan aku memaparka kisah hidup mu buat tatapan
umum..Aku tahu aku bukan lah seorang penulis tapi demi mu sahabatku, akan
ku lakarkan setiapbait bicara moga akan menjadi pengajaran kepada insan-insan
seperti mana kehendak mu.Maaf andainya ada baris-baris bicara tidak tersusun
seperti layaknya.
Ella atau nama sebenarnya Rellawati adalah
anak kedua ketiga daripada lima orang adik beradik,kehidupan keluarga Ella
bahagia, meskipun ayahnya cuma bekerja sebagai buruh..manakala ibunya pula
sebagai surirumah sepenuh masa.
Kesibukan si ibu menguruskan rumahtangga
telah membataskan masa
bersama anak-anaknya.Anak-anak
terabai tanpa kasih sayang dan perhatian.
Dalam keadaan
ini telah menyebabkan kedua abang kandung Ella telah
Mengambil kesempatan
ke atas Ella dan menjadikan Ella pemuas hawa nafsu mereka. Ya Allah..apalah
anak yang berusia 10 tahun boleh laku kan,
Diacukan
dengan pisau..dan seorang lagi abang kandung Ella bertindak melurutkan seluar
dalam Ella. Ella yang ketakutan ketika itu terdiam dan mengikut sahaja kehendak
kedua syaitan yang bertopengkan manusia itu.
Kedua-dua abang kandung yang diharapkan untuk menjaga dan mencurahkan kasih sayang kepada adiknya telah merogol Ella bergilir-gilir tanpa ada rasa simpati.Dalam sedu sedan Ella hanya mampu menahan kesakitan.
Begitulah yang berlaku, setiap kali
Mak Temah ibu Ella menghantar
Kuih muih
ke warung Pak Nai. Lakunan kedua anak
lelaki Mak Temah telah
membutakan
mata dan memekakkan telinga Mak Temah.”Mak Pergilah nanti
Abang Long
akan jaga adik tak suruh adik main jauh-jauh”, begitulah selalu
Jawapan Akup,
abang Ella yang sulung,bila Mak Limah berpesan..Namun dalamHati Akup berteriak
kegirangan kerana ada habuan yang dia dapat jika MakLimah keluar.Habuan memuaskan
nafsu serakahnya.
Perkara ini berlarutan sehinggalah
umur Ella mencecah 11 tahun. Aku
hairan kerana
Ella selalu mengadu sakit bahagian
kemaluannya.Ahhh..mungkin
kerana
Ella hampir datang bulan desis hati kecilku.Aku lihat Ella semakin hari semakin
murung dan jarang bercakap. Kerana baru berusia 11 tahun ketika itu
aku belum
lagi berakal untuk menjangkau apakah sebab sahabat kesayanganku
bersikap
demikian.
Suatu hari, kerana tidak tahan lagi
aku telah mengadu kepada ibuku..
"Mak!Asseh
tengok Ella tu lain macam jer? “..Ha! ada
apa pulak lagi ni..
sibuk hal orang pulak” marah ibuku..” tak lah..Ella
bagitau Asseh ‘pepek’ dia
sakitkan
mak..lagipun Asseh tengok Ella sekarang ni dah tak main dengan kita orang lagi..asyik
menyendiri jer..hari tu Ella bagitau kat Asseh abang dia
main
dengan ‘pepek’ Ella, Ella bagitau sakit”..ujarku panjang lebar..ibuku tersentak
dan merenung dalam-dalam ke mataku dan mencari kepastian…
buku
terus berlalu tanpa berkata sepatah pun..
Bersambung…