Ahad, 20 April 2014

KISAH ELLA SAHABAT KU..



Aduhai

Sahabatku Ella..

           Bergenang airmataku, saatku kenangkan kemanisan ketika bersamamu..Kau yang selalu memberi kekuatan semangat padaku akhirnya telah menghembuskan nafas terakhirdipangkuanku kerana mengidap barah payudara. Ella..andainya dapatku ulangi lagi detik2 indah bersamamu..andainya aku diberi peluang, aku tidak akan sesekali membuat kau berkecil hati dan menangis.

Aduhai..
Sahabatku Ella...
Hari ini genap empat bulan  pemergianmu..masihku ingat..saat kau pegang erat jari jemariku dan merenung sayu ke arah ku..kau berbisik meminta aku bacakan surah yaasin..aku mencium dahimu lantas dengan genangan airmata bersama esakan ku bacakan surah yaasin..tersekat-sekat..namun ku kuatkan semangat..hingga ke akhir bacaan...Innalillah....Ella kau meninggalkan alam fana ini dengan senyuman di sudut bibirmu...Ya Allah..ya Tuhan ku berilah kekuatan kepadaku menghadapi ujian Mu ini,moga Kau tabahkan hatiku kehilangan  sahabat kesayangan ku ini..desis hati kecilku.
 
Aduhai...
Sahabatku Ella...
Terima kasih sayang, kerana mengizinkan aku memaparka kisah hidup mu buat tatapan umum..Aku tahu aku bukan lah seorang penulis tapi demi mu sahabatku, akan  ku lakarkan setiapbait bicara moga akan menjadi pengajaran kepada insan-insan seperti mana kehendak mu.Maaf andainya ada baris-baris bicara tidak tersusun seperti layaknya.
 
        Ella atau nama sebenarnya Rellawati adalah anak kedua ketiga daripada lima orang adik beradik,kehidupan keluarga Ella bahagia, meskipun ayahnya cuma bekerja sebagai buruh..manakala ibunya pula sebagai surirumah sepenuh masa.
 
       Kesibukan si ibu menguruskan rumahtangga telah membataskan masa
bersama anak-anaknya.Anak-anak terabai tanpa kasih sayang dan perhatian.
Dalam keadaan ini telah menyebabkan kedua abang kandung Ella telah
Mengambil kesempatan ke atas Ella dan menjadikan Ella pemuas hawa nafsu mereka. Ya Allah..apalah anak yang berusia 10 tahun boleh laku kan,
Diacukan dengan pisau..dan seorang lagi abang kandung Ella bertindak melurutkan seluar dalam Ella. Ella yang ketakutan ketika itu terdiam dan mengikut sahaja kehendak kedua syaitan yang bertopengkan manusia itu.
    
        Kedua-dua  abang kandung yang diharapkan untuk menjaga dan mencurahkan kasih sayang kepada adiknya telah merogol Ella bergilir-gilir tanpa ada rasa simpati.Dalam sedu sedan Ella hanya mampu menahan kesakitan.
 
 
         Begitulah yang berlaku, setiap kali Mak Temah ibu Ella menghantar
Kuih muih ke warung Pak Nai.  Lakunan kedua anak lelaki Mak Temah telah
membutakan mata dan memekakkan telinga Mak Temah.”Mak Pergilah nanti
Abang Long akan jaga adik tak suruh adik main jauh-jauh”, begitulah selalu
Jawapan Akup, abang Ella yang sulung,bila Mak Limah berpesan..Namun dalamHati Akup berteriak kegirangan kerana ada habuan yang dia dapat jika MakLimah keluar.Habuan memuaskan nafsu serakahnya.
 
         Perkara ini berlarutan sehinggalah umur  Ella mencecah 11 tahun. Aku
hairan kerana  Ella selalu mengadu sakit bahagian kemaluannya.Ahhh..mungkin
kerana Ella hampir datang bulan desis hati kecilku.Aku lihat Ella semakin hari semakin murung dan jarang bercakap. Kerana baru berusia 11 tahun ketika itu
aku belum lagi berakal untuk menjangkau apakah sebab sahabat kesayanganku
bersikap demikian.
 
         Suatu hari, kerana tidak tahan lagi aku telah mengadu kepada ibuku..
 "Mak!Asseh tengok Ella tu lain macam jer? “..Ha!  ada apa pulak lagi ni..
sibuk  hal orang pulak” marah ibuku..” tak lah..Ella bagitau Asseh ‘pepek’ dia
sakitkan mak..lagipun Asseh tengok Ella sekarang ni dah tak main dengan kita orang lagi..asyik menyendiri jer..hari tu Ella bagitau kat Asseh abang dia
main dengan ‘pepek’ Ella, Ella bagitau sakit”..ujarku panjang lebar..ibuku tersentak dan merenung dalam-dalam ke mataku dan mencari kepastian…
buku terus berlalu tanpa berkata sepatah pun..
Bersambung…
 
        
 
 
 
 

1 ulasan: